Rempah Ratus Wannura

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

Biji sawi hitam (Mustard Seed) rempah pelbagai guna

Posted by Wannura di 12 November 2012

Biji sawi atau dikenali juga dengan nama mustrad seed merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan Melayu dan India seperti acar goreng, sayur kubis goreng dan lain-lain lagi. Biji sawi merupakan biji benih daripada tumbuhan yang dikenali dengan nama mustard.

Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasitanya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk :

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Tinggalkan komen