Rempah Ratus Wannura

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

  • Log Masuk / Keluar

  • Jumlah Pengunjung

    • 102,927 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Senaman bagi menurunkan gula dalam darah. 29 Januari 2023
      An excercise that can help to reduce the level of sugar and insulin in the blood for diabetics. A University of Houston Texas paper published at the end of 2022 is sparking a wave of interest Reducing the level of … Teruskan membaca →
  • RSS Wannura.

    • Pokok Aloe Vera @ Lidah Buaya 30 Julai 2022
      Lidah buaya atau nama botaninya Aloe vera ialah spesies tumbuhan dalam genus Aloe. Nama saintifiknya pups ialah Aloe vera (L.) Burm.f. Tumbuhan malar hijau saka ini asli di Semenanjung Arab, tetapi ia meliar sebagai spesies ceroboh di iklim-iklim tropika, separa tropika dan kering seluruh dunia Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean den […]
  • RSS Wannura Orkid

  • RSS Wannura Kristal

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu 28 Oktober 2013
      Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Teruskan membaca →
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Doa setelah mencapai usia 40 tahun 4 Jun 2016
      Allah Ta’ala berfirman, حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Sehingga apabila dia telah dewasa … Teruskan membaca → […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang 21 Ogos 2012
      Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Teruskan membaca →
  • RSS Jalan Akhirat

    • HAKIKAT MUHAMMADIAH 25 April 2019
      Hakikat Insan yang menguasai keturunan Adam a.s membekalkan segala bentuk maklumat yang diperlukan oleh bangsa manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Walaupun begitu Allah s.w.t memperingatkan: Kami firmankan: “Turunlah kamu sekalian dari (syurga) ini, kemudian jika datang pada kamu satu … Teruskan membaca →
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Pakcikli00

  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Maharaja kayu 22 Oktober 2013
      Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan … Teruskan membaca →
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Janda mudah parah ditikam tujuh kali 4 Ogos 2012
      KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lama 1 September 2012
      PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Waris Sultan Melaka kembali tuntut tahta setelah lama menghilang 27 Ogos 2012
      KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Teruskan membaca →
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]

Biji sawi hitam (Mustard Seed) rempah pelbagai guna

Posted by Wannura di 12 November 2012

Biji sawi atau dikenali juga dengan nama mustrad seed merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan Melayu dan India seperti acar goreng, sayur kubis goreng dan lain-lain lagi. Biji sawi merupakan biji benih daripada tumbuhan yang dikenali dengan nama mustard.

Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasitanya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk :

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Advertisement

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MANJAKANI dan Rahsianya

Posted by Wannura di 13 September 2012

Rahsia Manjakani

Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.

Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.

Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

Menegangkan dan mencantikkan kulit
– Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

KEBERKESANAN /KEKUATAN MANJAKANI

Kebekesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.Kajian telah menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jintan manis (Fennel seed)

Posted by Wannura di 24 Jun 2012

Jintan manis atau fennel adalah spesies tanaman di genus foeniculum (diperakuikan sebagai satu-satunya spesies dalam genus ini oleh kebanyakan ahli botani). Jintan manis atau nama botaninya foeniculum vulgare adalah dalam keluarga apiaceae atau karrot. Apiaceae (dahulu dikenali sebagai Umbelliferae).
Jintan manis juga dikenali sebagai saunf atau mauti saunf dalam bahasa Bahasa Hindi dan Urdu, sompu atau madhrikam dalam Telugu, badesoppu di Kannada, Mouri dalam bahasa Bengali, shombu atau peruncheeragam di Tamil dan Malayalam, variyali di Gujarat, badeeshop atau badeeshep di Marathi, Razianeh dalam bahasa Bahasa Parsi dan shomra dalam bahasa Arab. Jintan manis adalah tumbuhan herba yang tahan lasak dengan bunga kuning dan daun berbulu. Jintan manis umumnya dianggap berasal dari tepi Mediterranean, namun telah tumbuh meluas secara semulajadi di banyak bahagian dunia, khususnya di tanah kering berdekatan pantai dan di tepi muara sungai. Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | Di tag: , | 2 Comments »

BIJI SAWI HITAM (Brassica nigra) mempunyai khasiat perubatan

Posted by Wannura di 17 Disember 2010

Digunakan untuk meransang muntah dan peluh ; sebagai diuretik, stimulan, mengeluarkan kahak dan meradangkan kulit. Ianya dihancurkan, ditelan bagi merawat masalah perut, selsema; ditampal pada radang sendi, bisul bernanah, lumbago, penyakit kulit dan reumatisme.

Infusi diminum untuk memanaskan perut dan membuka selera, merawat bronkitis, sakit kepala, reumatisme, sakit kerongkong dan selsema. Dekoksi diminum untuk merawat busung, masalah hati dan limpa, pleurisi dan sakit kepala.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BUAH PELAGA (Elettaria cardamomum) Permaisuri rempah ratus

Posted by Wannura di 14 Disember 2010

BUAH PELAGA

Juga dikenali sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ kerana antara rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan, buah pelaga juga digunakan untuk perubatan, wangian dan kosmetik.

KHASIAT BUAH PELAGA

* Biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman. * Biji pelaga misalnya dikatakan amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau. kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut selain itu juga dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan. * Kegunaan lain ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas.. * Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus. * UNTUK MENGATASI LENGUH-LENGUH BADAN * Buah pelaga yang telah ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obseti. * Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen, zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah. * Janganlah anda ragu-ragu untuk menggunakan biji pelaga dalam masakan anda, kerana ianya disamping sebagai rempah masakan sebenarnya ia juga adalah ubat yang baik untuk kesihatan. * Inilah harta alam pemberian Allah kepada manusia, nikmat yang tiada tolok bandingnya, namun jika sekiranya manusia itu sendiri tidak pandai menghargai pemberial Allah daripada hasil alam ini, maka segala khasiat yang terpendam didalamnya akan menjadi sia-sia sahaja atau pun tidak memberi kesan.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

BIJI SAWI PUTIH sebagai makanan dan ubat

Posted by Wannura di 12 Disember 2010

PEMAKANAN DAN KHASIAT UBATAN

Sebagai ubat untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, kahak, meransang peluh; digunakan sebagai diuretik, emetik, peradang dan stimulan. Infusi diminum untuk merawat bronkitis, batuk, reumatisme, sakit kerongkong dan bengkak anak tekak. Minyak dari bijinya digunakan sebagai ubat luaran dan dalaman untuk merawat tumor. Juga digunakan sebagai ubat luaran untuk merawat neuralgia.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

HALBA : Rempah menurut sabda Nabi Muhammad saw

Posted by Wannura di 12 Disember 2010

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”.

Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, ‘halba’, berasal daripada nama bahasa Arab, ‘Hilbeh’ (حلبة). Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

PALA (myristica fragrans)

Posted by Wannura di 20 Oktober 2010

PALA
Pala adalah sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam dunia perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.Berasal dari keluarga myristicaceae, buah pala yang dikenali dengan nama saintifiknya myristica fragrans, juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.
          Pala juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat, disamping pucuk daunnya yang berkhasiat dimakan sebagai ulam untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Bijinya pula digunakan sebagai salah satu ramuan bagi membuat minyak panas untuk mengubati pelbagai penyakit.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BUNGA LAWANG

Posted by Wannura di 30 Julai 2010

Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.


Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.


Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BUNGA CENGKIH (Syzygium aromaticum) – Clove

Posted by Wannura di 30 Julai 2010

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 – 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cengkih

Kajian Saintifik Bunga Cengkih.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese , vitamin c, vitamin k, omega 3 (fatty acid), magnesium, kalsium dan fiber yang tinggi. Lain lain kandungan ialah B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan sesquiterpenes.[9] . Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga “anaesthetic” .

Khasiat Bunga Cengkih. Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »